Bahasa Hokkien Pulau Pinang (Cina; Tâi-lô : Pī-néeng Hok-kiàn-uā; Pe̍͘h-ōa-jī: Pī-né͘ng Hok-kiàn-ōa; IPA: /pi˨˩nɛŋ˦˥ hɔk̚˦kiɛn˥˧ua˨˩/) ialah varian tempatan bahasa Hokkien yang dituturkan di Pulau Pinang, Malaysia. Ia dituturkan secara asli oleh 63.9% masyarakat Cina Pulau Pinang,[1] dan juga oleh beberapa orang India Pulau Pinang dan Melayu Pulau Pinang.[2]